Membancuh susu formula dengan cara seperti dibawah adalah SALAH!!
Masukkan susu formula -->Tuang air panas-->Selebihnya tuang air masak yang sejuk --> Goncang --> uji suhu -->Beri susu kepada bayi
ini salah!! kerana :-
*Air panas, yang suhu nya lebih 70 darjah Celsius akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu formula tersebut.
**Air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA takut pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia ( material botol susu) itu.
Sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula yang mahal tapi tidak mendapat khasiat dan nutrisi-nutrisi tidak dapat diserap dengan elok
Tuangkan air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu --> Tuangkan air panas sehingga air dalam keadaan suam --> Tambah susu formula mengikut sukatan --> Goncangkan sehingga larut dan sebati --> Uji suhu --> Beri susu kepada bayi
Ketika menyusukan bayi pastikan kepala bayi ditinggikan dan botol susu tidak terlalu condong untuk mengelakkan bayi kembung perut dan tersedak susu.
No comments:
Post a Comment