Selamat datang ke blog : http://ibuzulkarnain.blogspot.my

Thursday 28 January 2016

muzik bantu anak dan bayi mudah tidur

Wednesday 27 January 2016

Cara mudah dan cepat menyediakan susu formula

snow brand,susu bayi terbaik,susu rumusan bayi,newborn milk,o-6mont
Susu Tepung/ Formula Bayi

botol susu bayi,tommee tippee,pigeon,milk,feet
Botol Susu + Air Masak
bekas bayi,susu,susu tepung
Bekas Susu Tepung / Formula


Mula-mula sediakan/siapkan 2 perkara ini terlebih dahulu:-

1-Tuang air masak ke dalam setiap botol susu yang telah dibersihkan 
2-Simpan susu tepung dari tin/kotak ke dalam bekas susu tepung 

**Untuk sukatan air masak,kurangkan 1oz atau lebih dari sukatan air yang telah di tulis pada tin/kotak susu tepung. Contoh 5 sudu susu tepung memerlukan 5oz air, Jadi sediakan air masak di dalam botol sebanyak 4oz sahaja. Selebihnya itu adalah untuk sukatanair panas.

Sekiranya bayi anda sudah mempunyai tanda2 hendak menyusu, anda hanya perlu :-


1-Tuangkan air panas sehingga air dalam keadaan  suam
2-Tambah susu formula yang telah di isi di dalam bekas susu tepung/ formula
3-Goncangkan botol susu sehingga susu larut dan sebati dengan air
4- Uji suhu

Kemudian susu sudah boleh diberikan kepada bayi, tidak perlu lagi untuk mengambil masa atau membuang masa untuk mengambil dan menyukat sukatan air masak di dalam botol kemudian membuka tin/kotak susu tepung untuk menyedok serta menyukat kuantiti susu tepung. 

Apabila dapat menjimatkan masa untuk menyediaan susu kepada bayi anda, anda pun akan lebih senang hati. kerana anda tidak perlu mengahadapi situasi bayi menagis terlalu lama dan merajuk. Waktu malam pula, In sya Allah tidak mengganggu tidur orang di sekeliling anda atau bayi anda.


SELAMAT MENCUBA PARA IBU BAPA!!


Tuesday 26 January 2016

Cara bancuh susu formula yang sebenarnya

cara bancuh susu,bancuhan susu,snow brand,tommee tippee,pigeon

Membancuh susu formula dengan cara seperti dibawah adalah SALAH!!

Masukkan susu formula -->Tuang air panas-->Selebihnya tuang air masak yang sejuk --> Goncang --> uji suhu -->Beri susu kepada bayi

ini salah!! kerana :-

*Air panas, yang suhu nya lebih 70 darjah Celsius akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu formula tersebut.

**Air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA takut  pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia ( material botol susu) itu. 

Sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula yang mahal tapi tidak mendapat khasiat dan nutrisi-nutrisi tidak dapat diserap dengan elok 



Tuangkan air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu --> Tuangkan air panas sehingga air dalam keadaan  suam --> Tambah susu formula mengikut sukatan --> Goncangkan sehingga larut dan sebati --> Uji suhu --> Beri susu kepada bayi


Ketika menyusukan bayi pastikan kepala bayi ditinggikan dan botol susu tidak terlalu condong untuk mengelakkan bayi kembung perut dan tersedak susu.





Ubat ruam badan & ruam lampin bayi








tips,ruam bayi,calamine,melomet,sudo cream,ubat ruam bayihttp://ibuzulkarnain.blogspot.my/
Ruam Lampin

tips,ruam bayi,calamine,melomet,sudo cream,ubat ruam bayi
Ruam badan

tips,ruam bayi,calamine,melomet,sudo cream,ubat ruam bayi
Ruam pipi

tips,ruam bayi,calamine,melomet,sudo cream,ubat ruam bayi
lotion ruam pipi

Thursday 21 January 2016

Bayi selsema & alat penyedut hingus

As Salam


alat penyedut hingus, alat bersihkan hidung bayi,tips,hidung bayi,bayi selsema
alat penyedut hingus


Rimas kan bila tengok hingus anak meleleh leleh je. nak kne selalu lap, tapi bila nak kena lap selalu pun jenuh juga.Kita ni banyak keje lain lagi yang nak di kejor ye dok?haha. kang ke mulut pula pergi nya hingus tu. Saya nak sedut guna mulut direct di hidung baby x reti.Jenuh duk sedut sampai Zulkarnain nagis2 sebab rimas kot, ke sebab x tahan dah dengan bau mulut ibu dia ni hahaha, Jadi saya guna solution lain, saya guna alat penyedut hingus macam gambar kat atas tu. Memang senang dan rasa berguna sangat2 la beli alat penyedut hingus ni. Harga murah dan senang nak cari. Kat farmasi confirm ada.

Memang saya ada guna kaedah tradisional tuk sembuhkan selsema Zulkarnain, yang guna kunyit hidup tumbuk tu. Kalau tengok pada post saya yang lepas saya ada ceritakan cara tradisional untuk sembuhkan selsema bayi. Tapi untuk nak bagi  hingus tu mengering ambil masa sikit.kalau guna penyedut ni dalam masa beberapa saat je hingus yang de kat dalam hidung bayi masa tu, semua di tarik keluar. Kita pun rasa senang hati bila tengok baby kita selesa tanpa ada hingus.

Bila kita biarkan hingus terlalu lama dalam hidung baby, nanti akan jadi tahi hidung yang keras tu. Masa tu lagi kesian kat baby kita, sebab kita akan nampak dia kurang selesa ketika bernafas, lagi2 nya waktu dia tidur. X sampai hati beb nak biarkan. Tidur dia pun jadi tak lena. So lebih baik kita cepat2 buang hingus tu.

Cara menggunakan alat penyedut hingus bayi:-

*Hujung alat penyedut hingus yang berbentuk tirus tu masukkan ke dalam lubang hidung bayi. tapi jangan terlalu dalam sangat. takut tekanan udara tu boleh buat hidung bayi merah, melecet or sebagai nya 

*Hujung satu lagi yang ada bentuk macam bunga  tu masukkan ke dalam mulut kita.Kemam je ok, jangan kekoh (gigit) or kunyah lak hehehe

*Sedut seperti kita sedut makan siput sedut tu, tapi control sikit la..jangan beria sangat sedut tu or jangan kuat sangat. nanti baby terkejut. Kalau terkejut nanti bayi melalak pulak..dah melalak nanti lagi meriah la hingus meleleh kan :D

Nanti akan nampak hasil sedutan tu kat dalam bekas yang berbentuk tirus tu. yang best nye bila guna alat ni kita tak akan dapat rasa kemasinan hingus anak tu dalam mulut kita hehe. Dah siap buat operasi tu, cuci je alat tu kat aliran air paip, nanti hingus dalam bekas tu keluar ikut aliran air paip tu.kalau nak tiup untuk buang hingus tu dalam bekas tu pun boleh. tapi lepas tu still de sikit2 lagi hingus nya dalam bekas tu. so whateverpun basuh je la dengan air.

Sila ambil perhatian :-
Bila bayi anda sedang selsema, waktu mandikan baby tu jangan basahkan umbun2 di kepala tu.nak lebih senang,jagn basuh kpla buat semntara waktu. Ni petua orang tua2 supaya selsema cepat baik.


Selamat mencuba. Sesungguh nya yang baik itu datang dari ALLAH. Kita hanya mencuba, yang menyembuhkan itu KUASA ALLAH SWT. 

Wednesday 20 January 2016

Bayi dedor/demam dan alat penyukat suhu badan

As salam

Zulkarnain pernah 1 malam ni, tiba-tiba je dia dedor. Masa tu semua dah lena tidur..tiba2 saya terjaga sebab dengar macam Zulkarnain merengek. Mula2 ingtkan dia lenguh sebelah  badan sebab masa tu tidurkan dia dalam keadaan mengiring. Bila nak alihkan kedudukan dia,rasa badan dia agak panas. Cepat2 saya ambil alat penyukat suhu badan.



alat penyukat suhu bayi,bayi demam,termometer bayi,suhu tinggi
Alat penyukat suhu badan bayi dan dewasa


Memang suhu badan Zulkarnain lebih  dari 37.5 darjah celsius.Masa tu bacaan suhu badan Zulkarnain 37.9 paling tinggi. Alat ini bila suhu lebih dari 37.5 darjah celsius akan keluar lampu berwarna merah. Senang je nak guna alat ni, bacaan pun cepat je dapat. Alat ni saya beli waktu expo barang-barang bayi di SACC RM60++, harga asal RM100++. Berbaloi beli dan agak penting alat ni untuk kita sebenarnya.

Lepas je cek suhu badan Zulkarnain terus saya bukak kan baju dia. Hanya pakaikan dia seluar pendek je.Yang penting pusat dia x terdedah dengan angin supaya x kembung perut.Dalam masa yang sama saya terus kejutkan suami, mintak tolong dia ambilkan air dan kain tuala kecil untuk letakkan di dahi dan dada Zulkarnain. Teknik ni saya tiru masa jururawat HB Sg.Buloh buat waktu bayi demam supaya suhu badan cepat turun.

Selamat mencuba. Sesungguh nya yang baik itu datang dari ALLAH. Kita hanya mencuba, yang menyembuhkan itu KUASA ALLAH SWT

Bayi kembung perut dan ubat nya

As salam

Anak ibu2 sekalian kena kembung perut ye? alahai..sian nya. mesti ank ibu menagis je yek. ok. kali ni bab kembung perut pula. bayi memang mudah kena kembung perut. lagi2 nya kalau bayi yang minum susu formula (FM). Sememang nya terbukti SUSU IBU adalah SUSU yang TERBAIK bagi bayi anda.

Diantara perkara2 yang boleh menyebabkan bayi kembung perut :-

* Susu formula tidak sesuai dengan bayi
*Terlalu terdedah dengan angin
*Susu Formula di bancuh menggunakan air yang tidak dimasak  dahulu
*Tidak 'blurp' kan (sendawakan) bayi selepas menyusu
*Hisap botol susu kosong
*Pemakanan ibu tidak betul, contoh makan syur yang berangin seperti pucuk ubi..kangkung.. (untuk yang breastfeeding)
*kerap menagis
*Posisi botol susu tidak betul ketika menyusu (susu tidak penuh di bahagian puting)


Cara mengatasi bayi kembung perut :-

*Tungku di bahagian perut, belakang badan dan kaki bayi
*Sapu minyak angin di perut,belakang badan, umbun2, betis dan tapak kaki bayi
*Urut belakang badan bayi dan betis bayi
*Guna botol susu anti colic/kembung seperti botol susu Tommee Tippee & NUK
*Berikan ubat kembung perut khas untuk bayi (boleh dapatkan di farmasi)
*Bedungkan bayi anda

Dentinox-ini ubat yang saya gunakan bila Zulkarnain kembung perut. Memang cepat berkesan. Sekejap je dia kentut2 lepas bagi makan ubat ni.Tidur dia pun lebih lena. Ubat ni juga boleh dicampurkan ke dalam bancuhan susu formula bayi.Bila campur dalam susu lebih mudah untuk bagi bayi makan ubat.


ubat kembung bayi,colic drop,bayi kembung,masuk angin,ubat
Ubat kembung perut bayi

Untuk minyak angin saya suka guna minyak YU YEE CAP LIMAU, minyak ni agak cepat berkesan untuk bagi bayi kentut atau sedawa. Lepas bagi Zulkarnain mandi saya wajib sapu minyak ni pada dia.



minyak yu yee cap limau,minyak angin bayi,ubat,kembong perut bayi
Minyak angin
Selamat mencuba. Sesungguh nya yang baik itu datang dari ALLAH. Kita hanya mencuba, yang menyembuhkan itu KUASA ALLAH SWT. 

Tuesday 19 January 2016

bayi batuk berkahak dan selsema

As salam semua..morningg!! :D

Ari ni ibu Zulkarnain ni excited sangat nak update blog pasal pengalaman menjadi ibu. First time ni mengarang cerita kat blog. debor lak rasa, ntah de respon dari orang lain ke idok, hehe. kalau x de pun x pe la..mungkin de je yang baca tapi x komen kan. yang penting ilmu pengatahuan yang ibu cuba sampaikan.

 29/01/2016 ni genap la anak ibu berusia 4 bulan. Anak ibu ni dah 2x kena batuk  berkahak sejak lahir..tapi kali ni agak lama nak sembuh, dah seminggu tapi x baik2 lagi.ibu mana yang x risau kan. ibu pun ambil keputusan bawak Zulkarnain ke klinik. untuk bayi yang berusia bawah 2 tahun doktor memang tak akan bagi ubat batuk. doctor bagi ubat titis sahaja. Nanti kahak tu akan cair dan keluar melalui najis bayi.




http://ibuzulkarnain.blogspot.my/



Cara menggunakan ubat titis ni :-
- 2 titis , 3 kali seari
-mula2 titiskan di lubang hidung sebelah kanan
-10 minit kemudian titiskan di lubang hidung sebelah kiri


Cara Tradisional:-

Mula2 kena batuk ritu ibu guna cara tradisional je, BAWANG PUTIH BAKAR + MINYAK ZAITUN sapu kat tapak kaki bayi. Tapi bawang putih jangan terlalu banyak ye sebab takut kulit bayi x tahan. untuk pengtahuan ibu2 bawang putih ni mengandungi SULFUR yang boleh MEMBUNUH VIRUS SELSEMA & BATUK .

Untuk selsema, boleh juga guna kunyit hidup.tumbuk kunyit hidup sehingga keluar air berwarna kuning.kemudian cebisan kunyit dan air itu sapu pada bahagian batang hidug bayi anda.Lakukan ketika bayi anda sedang tidur ataupun bedungkan dahulu bayi anda ok.Warna KUNING, KUNYIT HIDUP (CURCUMIN) bahan aktif utama MENGUATKAN SISITEM PERTAHAN BADAN dan mengandungi POLIFENOL(komponen bioaktif sedia diserap untuk kegunanan tubuh untuk membantu MENCEGAH tanda2 awal KANSER)

Selamat mencuba. Sesungguh nya yang baik itu datang dari ALLAH. Kita hanya mencuba, yang menyembuhkan itu KUASA ALLAH SWT.